Thursday, February 4, 2010

Bila Banyak Duit...


Selepas beberapa lama "memerapkan" blog ini tak terusik.... dengan tiba-tiba hati saya diusik oleh berita yang saya baca berkenaan seorang jutawan Pak Arab...yang membeli tiga ekor unta benilai AED 24 juta (RM22.35 juta).

Apa yang cuba saya fahami di sini ialah betapa kaya manusia ini dan bertapa besar serbannya bebanding songkok hitam yang dipakai oleh Pak Giman (orang tua di kampung saya) tadi subuh. Mungkin bolehlah dibandingkan antara Pak Giman dengan si Orang Sangat Kaya (OSK) ini. Apa yang saya maksudkan dalam perbandingan ini sememangnya amat mudah di bandingkan antara keduanya

Pak Giman - kais pagi makan pagi, pendidikan taraf rendah, bila bercakap 1/100 orang sahaja cuba memahaminya, bila di jabatan kerajaan-suaranya rendah suara kerani lebih tinggi dan yang penting tiada duit tapi sanggup ke Palestine untuk turut berjuang jika diberi peluang.

OSK - kais pagi makan 50 tahun lagi, pendidikan amat tinggi, bila ber"dehem" 200/100 orang yang amat memahaminya, bila di jabatan kerajaan - semua kerani halus suaranya dan paling penting banyak duit beli unta, jiran sebelah mati katak kebuluran....mungkin banyak sudah sedekahnya.

No comments:

Post a Comment