Wednesday, February 24, 2010

Khabar 1 Malaysia : Setinggan???



Saya amat tertarik dengan program TV (Khabar 1 Malaysia) yang memaparkan tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan Beluran-Kinabatangan. Pemimpin setempat yang ditemuramah menyatakan dengan bersungguh-sungguh dan bangga bahawa banyak langkah telah diambil untuk meingkatkan taraf hidup penduduk setinggan (Bumiputera - Sungai, Dusun, Murut, Suluk dsb) yang tinggal di pinggir sungai. Para penduduk telah diberikan rumah PPRT - blok bangunan ala-ala rumah pangsa tiga bilik dan nampaknya agak selesa. Tidak lama lagi penduduk setinggan ini akan dipindahkan.

Rasanya kita kena teliti perkara ini. Keikhlasan kerajaan amat kita hargai dan sanjungi. Cuma terfikir perkara-perkara ini;

Penduduk setinggan? Mana tanah-tanah mereka? Tanah adat? Tanah susah dipohon 20 tahun baru dapat geran maka syarikat besar yang pohon 2 minggu geran sampai? Tanah-tanah adat habis kena rodok syarikat besar? Untuk rakyat juga? Siapa di belakang syarikat besar? Pentadbir daerah? Mereka yang luluskan? Bukankah pemimpin utamakan rakyat? Utamakan Syarikat besar? Dana politik?..... Akhirnya rakyat jadi setinggan? Tinggal rumah PPRT? Macamana cari makan? 

Akhirnya bilangan setinggan akan bertambah selari dengan pertambahan rumah PPRT. Rakyat diutamakan pemimpin kaya melimpahruah. Cuba tanya setinggan mahu tanah atau mahu rumah. 

Kepada penduduk Bengkoka :semoga sentiasa bersabar, tanah kini hanya sekengkang kera.

Kepada penduduk Tg. Kapur :Taman Kudat tidak lama lagi siap dibina. Tan Sri mana menabur janji harap jangan dilupa...mukanya 

Thursday, February 4, 2010

Bila Banyak Duit...


Selepas beberapa lama "memerapkan" blog ini tak terusik.... dengan tiba-tiba hati saya diusik oleh berita yang saya baca berkenaan seorang jutawan Pak Arab...yang membeli tiga ekor unta benilai AED 24 juta (RM22.35 juta).

Apa yang cuba saya fahami di sini ialah betapa kaya manusia ini dan bertapa besar serbannya bebanding songkok hitam yang dipakai oleh Pak Giman (orang tua di kampung saya) tadi subuh. Mungkin bolehlah dibandingkan antara Pak Giman dengan si Orang Sangat Kaya (OSK) ini. Apa yang saya maksudkan dalam perbandingan ini sememangnya amat mudah di bandingkan antara keduanya

Pak Giman - kais pagi makan pagi, pendidikan taraf rendah, bila bercakap 1/100 orang sahaja cuba memahaminya, bila di jabatan kerajaan-suaranya rendah suara kerani lebih tinggi dan yang penting tiada duit tapi sanggup ke Palestine untuk turut berjuang jika diberi peluang.

OSK - kais pagi makan 50 tahun lagi, pendidikan amat tinggi, bila ber"dehem" 200/100 orang yang amat memahaminya, bila di jabatan kerajaan - semua kerani halus suaranya dan paling penting banyak duit beli unta, jiran sebelah mati katak kebuluran....mungkin banyak sudah sedekahnya.